Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya, jika ia tidak berdaya maka ubahlah dengan lisannya dan jika tidak mampu (ubahlah), dengan hatinya. Dan itulah selemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)

Thursday, 17 February 2011

Sebab I cun la I tunjuk

بسم الله الرحمن الرحيم
(In the name of ALLAH the Most Gracious, the Most Merciful)

Assalamu'alaykum wbt.

Fenomena baru di facebook! 'Pertandingan lelaki paling cun dan gadis paling macho'. Siapa mempunyai like tertinggi akan menjadi pemenang. Haha..

Maka berbondong-bondonglah pemilik wajah ala-ala model alat mekap jenama bunga taik ayam menyertainya. Snap gambar mengikut cita rasa sendiri. Dan paling penting, haruslah betul angel angle nya. Biar mata nampak bolat. Hidung nampak mancung bak Zizandang (seludang). Bibir dijuih sedikit supaya kelihatan seksi dan menggeligiurkan. Kemudian, hantar gambar menawan, rupawan, pondan kepada penaja.

Mudah saja kan. Ops lupa cek. Belum masa untuk bertawakkal. Perlu USAHA lebih gigih lagi ya. Hantar pada kawan-kawan ayat lebih kurang begini:

Cek perlu pertolongan kawan-kawan! Sila pergi ke page http://www.facebook.com/photo.php?fbid=mukahodoh&set=t.perasaankacak& dan klik LIKE. Vote for me ya! Luv u allllll. Muahhhs..


Yucks. Ok hantar seberapa banyak yang mungkin. Letak kat semua komen box kawan-kawan anda. Paste kat chat. Update kat status. Argh.. Ikutlah nak bagi kat siapa pun. 


Maka, gambar anda akan tersebar. Kawan-kawan facebook anda akan lihat. Kawan-kawan kepada kawan-kawan facebook akan tengok. Makin ramai yang lihat. Makin ramai terpikat. makin ramai melekat. Makin banyak dosa dapat. 


Allah suruh tundukkan pandangan. Ghaddul Bashar. Lowering gaze. Janganlah kita jadi penyebab orang buat dosa. Berganda-ganda dosa tanpa sedar. Belum tengok yang nampak aurat lagi tu. Yang baju tak cukup kain.

Yang menganjur, yang menyertai dan yang mempromote lebih kurang je. Banyak lagi pertandingan boleh buat. Pertandingan kira pasir di lautan, pertandingan kejar kura-kura, pertandingan cabut uban.

Cek malas nak ulas panjang-panjang. Mesti ada mulut-mulut yang bangkang. Yela dah join tiba-tiba ada orang kata pertandingan tu tak elok. Sebelum masuk menyertai, fikirlah dulu cik abang cik akak oii.. 

Cek lupa lagi. Maaf ye, cek bukan dah tua tapi cek ni banyak sangat fikir masalah ummat. Tu yang terpelanting sekejap. Hehe.. Selain di LIKE, ada juga komen-komen membina. "Wah, sweetlah aweks ni", "Wow, mantapnya body abang". Tolonglah, cek yang baca pun geli-geleman. Confirm pemilik wajah-wajah tu tak kembang semangkuk lubang hidung mereka? Confirm la ye. Dah orang puji. Kembang-kempis hidungnya.

Check it out guys!

Perlu ke cek edit gambar ni? Biarlah, mereka yang nak glamour.

Ini salah satu je. Banyak lagi anda boleh jumpa. Cek dah menyampah tengok.

Falsafah cek: Perkara bermanfaat banyak, kenapa nak pilih yang ragu-ragu. Yang tak bertepatan dengan Islam.

Nota cek: Yang dah termenyertai kemudian baru rasa bersalah, masih sempat nak sedar. Padamlah gambar anda dari tempat tersebut. Manusia mana tak buat silap. ^_^

8 comments:

Robot | Sakti said...

semua orang ingin jadi popular sekarang.

pelik..

hehehe

Cekgu DD said...

Robot taknak fofuler...? (Dah fofuler pun kan)

Cek pun nak glamour, glamour pada pandangan Allah! Hee.

Erza Niez! said...

banyak sgt da contest cmni,,naik muak coz org suruh like pic die..=="

Cekgu DD said...

@Erza

Haha. Taw takpe. Apa hal nak paksa2 LIKE pulak..

Jejaka Terhangat said...

betol sangat tu cek..diorang bukan rasa malu dok tayang2 gambar kat orang..tp rasa lagi megah, bangga bila gambar dia ada orang like..sifat malu orang melayu skrg dah semakin hilang hari demi hari..FB pon mendorong kita jual diri kat internet..ish2..sedih2..

Cekgu DD said...

@JT

Cek pulak yang malu tengok muka saudara-saudari seislam cek jadi tatapan camtu.. JT jangan sedih2, tak hangat la nanti.. :D

SeRiKaNDi_uMaR93 said...

ana tengok dah.. awat teruk sangat.. jadi macam pesta tayang gmbr...

Cekgu DD said...

@SeRiKaNDi_uMaR93

Cek pun duk pelik.. Publisiti murahan mungkin.. Hmm~