Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya, jika ia tidak berdaya maka ubahlah dengan lisannya dan jika tidak mampu (ubahlah), dengan hatinya. Dan itulah selemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)

Friday 25 February 2011

Ilmu hebat mantap

بسم الله الرحمن الرحيم
(In the name of ALLAH the Most Gracious, the Most Merciful)

Assalamu'alaykum wbt.

Perhatian. Entry ini mungkin panjang dan membosankan dan membingungkan. Jika nak baca juga, alangkah gembira hati cek. ^_^


Cek sebenarnya pelik tengok remaja sekarang. Mereka betul-betul gunakan teknologi moden terutama internet sepenuhnya. Cek ulang, SEPENUHNYA! Disitulah mereka cari maklumat, disitulah mereka jumpa maklumat, disitulah mereka sebar maklumat dan disitulah mereka berdebat/ berhujjah/ berbahas mengenai maklumat tersebut.


Jadi, apa masalahnya cek?


Baiklah. Cek bukan ahli falsafah, bukan pakar sejarah, bukan ulama', bukan mufti, bukan ahli politik dan bukanlah sesiapa yang setiap kata-kata dan perbuatannya diambil manfaat. Cek hanyalah manusia biasa yang pakai selipar jamban bila ke tandas, meredah hujan jika tak bawa payung, minum air paip, makan coki-coki campuran cashew nut dan kadang-kadang kehadiran cek langsung tidak disedari.


Cuma, cek berterima kasih pada mak ayah cek yang medidik dan membesarkan cek dalam tarbiyyah Islam (OK skema sikit). Hari ini cek tanpa ragu-ragu menyatakan cek orang Islam. Dengan penuh yakin cek mengaku cek orang Islam. (apa meleret ni cek, lari tema blog!) Ok. Ok.


Awwalu ad-Diin ma'rifatu Allah. Maksudnya, awal agama adalah dengan mengenali Allah. Alhamdulillah, itu yang diterap dalam proses membesarkan cek. Mengenali Allah. Mempelajari tawhiid. Menghayati tentang Aqiidah. Tapi pengetahuan cek masih ditahap kritikal.


NAMUN! Cek kesal dengan remaja sekarang yang dengan mudah memberi pendapat dan pendapat huha-huha yang diambil dari web english terbaik punya, artikel ahli-ahli hebat dalam sejarah, video ulama' arab. Wah! Hebat sungguh kan sumber-sumbernya. ;)


Bila sekali komen di facebook, berapi-terbakar-hangus wall. Berdentum-dentam kalah guruh di langit. Yang membaca terkedu, kagum, respect, suspect. (Cek pun rasa juga kagum kat budak-budak ni). Sebab fuh pengetahuan dan pembacaan mereka tentang isu negara dan luar negara sangat manthop. Isu revolusi Mesir contohnya dikaitkan dengan itu ini sampai kepada perkara yang diluar jangkauan akal fikiran lambat macam cek. Oh rupanya Israel punya agenda! =.= 


Apa yang orang percaya, itulah yang mereka TAK percaya. Apa yang orang tak percaya, itulah yang mereka PERCAYA. Get it? Seolah-olah apa sahaja maklumat yang orang ramai diterima salah, tapi mereka punya yang betul sebenarnya. What? 


Contoh, orang sibuk cakap mengenai konspirasi yahudi (freemason lah, illuminati lah, MU lah, apa-apa lah), dan dan tu mereka bawak cerita 'konspirasi ni takkan habis dikaji, buang masa aih'. Haih! Bila orang sibuk isu revolusi negara arab, mereka kata 'walaupun pemimpin mereka jatuh, sistem mereka tetap tak berubah, sama ja'. Adoi! Cek betul-betul pelik dengan golongan ini. Kejap macam ni, kejap macam tu. Golongan apa ya?


Selalunya, selepas semua hujjah dikeluarkan mereka selit 'asif 'ala kullu hal'(maaf atas segala kesilapan), 'ilal Liqo'(jumpa lagi), 'Allahua'lam'(Hanya Allah yang tahu) dan lain-lain yang seangkatan. Woah. Islamicnyerrrrrr..


Cek cuma nak cakap, berpada-padalah. Nak tambah ilmu silakan. Tapi tak perlu menyemai pendapat yang tak diyakini sahih atau tak kepada semua orang. Malah, membuat orang keliru. 'Ahh. Aku ni di Marikh ke Zuhal?'. Yang lebih sadis, 'selama ni aku salah, ingat matahari yang pantul cahaya kepada bulan rupanya matahari pantul ke bintang dan bintang pantul ke bulan' What? Waht? Wtah? Erghh.


Apa kata, bila ada cuti pergi tuntut ilmu Islam secara berguru kat mana-mana. Terutama kepada mereka yang bukan beraliran agama. Cek pernah jumpa yang mengaku dah baca kitab tafsiir Ibnu Katsir tapi asas Bahasa Arab pun tak lepas. Bukan cek nak pandang rendah, tapi seeloknya baca ikut Arab lebih umph kefahamannya (Even cek pun tak reti). Tak salah baca terjemahan, tapi janganlah berlagak terlebih.


Kenal Islam itu dengan sedalam-dalamnya dahulu. Kenal Allah sepenuh hati dahulu. Nescaya anda akan faham mengapa terjadinya semua keburukan dimuka bumi ini. Siapa yang merencanakannya. Itulah kehendak Allah. Yakinlah dengan Dia. Tapi kalau guru tua di pondok pun dilekehkan, biaq pi la kat hangpa!


Falsafah cek: Walaupun berbelit, secubit manfaat diperolehi sudah cukup baik.


Nota cek: Kalau tak faham, buat-buat faham. Kalau NAK faham, tanya cek kat mana yang bingung tu. 


Nota cek 2: Cek cuba jadikan mudah, tapi nampaknya susah payah. Hihi..





Ya Allah, selamatkan saudara-saudara kami di Libya, Yaman, Palestin, di seluruh tempat dan seluruh zaman.

Semoga dicabut nyawa si Gadhafi!

Sunday 20 February 2011

Poyo seh cakap orang puteh!

بسم الله الرحمن الرحيم
(In the name of ALLAH the Most Gracious, the Most Merciful)

Assalamu'alaykum wbt.



Tadi sebelum cek pergi kelas, cek terserempak dengan seorang foreigner. Dia sesat sampai ke hostel tempat cek duduk. Padahal dia nak pegi bahagian center kampus, nak ke ATM katanya.


Jadi, cek ajak dia jalan sekali. Alang-alang cek nak pergi cafe dulu jumpa kawan. Walaupun mula-mula dia keberatan sebab takut menyusahkan cek pulak. Cek pun tak sampai hati tengok dia nampak penat berjalan. Nak explain pun bukan senang. Turun bukit, naik tangga, masuk kanan, nampak pokok, pusing 360 darjah. Ahh.. Susah! Dah la cek nak cakap English pun berbelit lagi.


Dia pun ikut. sampai je kami kat jalan besar, dia nampak bangunan kuliah. Barulah dia sedar di mana dia berada. Jadi, kami berpisah setakat tu. 


Konklusinya, bukanlah cerita antara cek dengan foreigner tu. Tapi, kalau nak pertingkatkan penggunaan bahasa bukan susah sebenarnya. Macam kes cek tadi, nak taknak terpaksa cakap English. Kalau tak faham juga, kena keluarkan Arab.


Tapi kalau kita bergaul dengan orang yang bercakap Bahasa Melayu sahaja, memang susah nak cakap English. Percaya tak? Sebabnya ;


Satu, takut kena gelak dan kena perli. Maklumlah mentaliti orang Melayu (cek pun sama =.=). 


Dua, tak yakin dengan diri sendiri. Selagi tak yakin, buatlah macam mana pun memang takkan berjaya kan. Ada je orang Melayu yang berfikiran terbuka sebenarnya. Tapi manjakan diri sangat sampai takut nak mencuba. 


Tiga, sembang dengan kawan-kawan sebangsa tak feel la cakap bahasa asing. Ergh! "You know Tijah... Timah.... Student from Dentist faculty already married....!" (abaikan salah grammer atau apa-apa). Tak feel. Tak feel. Cuba yang ni "Ehhh.. Mu taw dop Tijah! Timah budok Dentist tu nikoh doh! Sikit abuk dop oyak kor kita! Beraso ati aku!" (baca denga penuh perasaan). Memang puas hati. Kalau arab, "Hal ta'rifiin Tijah.. Err.. Err.." (sambung sendiri).


Cukuplah tiga dulu. Jadi, memang susah nak tingkatkan bahasa lain kalau duduk dengan kelompok Melayu je. Cuba luaskan lingkungan kawan-kawan. Kalau tiada warga asing kat tempat belajar, cuba cari warga Bangladesh atau Myanmar atau Filipina. Kat KL banyak. Mana tahu mereka boleh cakap oreng phuteh. Hehee..


Falsafah cek: Belum cuba belum tahu. Tunggu apa lagi? Pergi la cuba dulu!


Nota cek: Alangkah seronok jika cakap English tanpa rasa takut orang mengata, alangkah lebih seronok jika cakap Arab tanpa risau salah nahu sorof!



Eh eh. Apa kaitan gambar ni. Adeh.. Parah dah cek.. Kihkih

Friday 18 February 2011

DOWN tengok member kahwin

بسم الله الرحمن الرحيم
(In the name of ALLAH the Most Gracious, the Most Merciful)

Assalamu'alaykum wbt.



Tajuk nak gempak je. Cek baru lepas tengok gambar nikah dan walimah(kenduri) senior-senior cek. Cek tak tahu apa cek buat dekat kampus ni sampai senior-senior kahwin cek tak tahu! Huk. 


Paling cek terkejut, senior yang cek rapat dulu dan sekarang lost contact pun dah melengkapkan sebahagian agamanya. Cek tak lengkap lagi. Tsk tsk.
“Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki.” (Al-Hadith)

Perkataan down pada tajuk tu lebih sesuai di ganti dengan 'jeles', 'cemburu' atau 'iri hati'. Tak salahkan cemburu yang baik. Bukanlah cemburu sampai nak hantar santau bagai. Cemburu bila tengok orang buat kebaikan, kita pun nak buat juga.


Yang best tu,tengok pasangan pengantin. Abang-abang ni dulu dengan perempuan anti semacam. Perli-memerli dah memang kerja sambilan mereka. Yang akak-akak ni dulu, bila jumpa lelaki tunduk bukan main. Seolah-olah muka lelaki tu ada cahaya yang menyilaukan mata. Nak main-main mata tu jauh sekali.


Ni cek pinjam kat google je. Takda kena-mengena dengan cek.


Tapi sekarang berpegang-pegang tangan. Romantik seh. Lagi buat cek jeles. Alhamdulillah. Sungguh benar firman Allah.
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." [Surah an-Nuur : Ayat 26] 

Bulan Mac ni member cek sekelas, sepermainan, segelak-ketawa-bahak juga akan memadamkan status 'single' dalam hidupnya. Eh, member cek yang kahwin tahun lepas dah dapat baby ke? Teruk. Teruk.Teruk punya member macam cek ni. Dah la dia kahwin cek tak pergi.


Apa pun, tahniah buat semua yang sudah, sedang dan akan menuju hidup baru. Cek hanya mampu lihat dan doakan kebahagiaan mereka dari jauh. Nak tengok dekat-dekat segan. Hee.. Semoga rumah tangga kalian dihiasi sakinah(ketenangan), mawaddah(kelapangan hati) dan rahmah(kasih-sayang).
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya (sakinah), dan dijadikan-Nya diantaramu mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. “ [Surah ar-Rum: Ayat 12]

Falsafah cek: Kalau hati dah teringin, cepat-cepatlah beritahu mak ayah. Mana tahu calonnya sudah ada. ^_^


Nota cek: Bila la cek boleh update tentang perkahwinan cek sendiri *angkat-angkat kening*

Thursday 17 February 2011

Sebab I cun la I tunjuk

بسم الله الرحمن الرحيم
(In the name of ALLAH the Most Gracious, the Most Merciful)

Assalamu'alaykum wbt.

Fenomena baru di facebook! 'Pertandingan lelaki paling cun dan gadis paling macho'. Siapa mempunyai like tertinggi akan menjadi pemenang. Haha..

Maka berbondong-bondonglah pemilik wajah ala-ala model alat mekap jenama bunga taik ayam menyertainya. Snap gambar mengikut cita rasa sendiri. Dan paling penting, haruslah betul angel angle nya. Biar mata nampak bolat. Hidung nampak mancung bak Zizandang (seludang). Bibir dijuih sedikit supaya kelihatan seksi dan menggeligiurkan. Kemudian, hantar gambar menawan, rupawan, pondan kepada penaja.

Mudah saja kan. Ops lupa cek. Belum masa untuk bertawakkal. Perlu USAHA lebih gigih lagi ya. Hantar pada kawan-kawan ayat lebih kurang begini:

Cek perlu pertolongan kawan-kawan! Sila pergi ke page http://www.facebook.com/photo.php?fbid=mukahodoh&set=t.perasaankacak& dan klik LIKE. Vote for me ya! Luv u allllll. Muahhhs..


Yucks. Ok hantar seberapa banyak yang mungkin. Letak kat semua komen box kawan-kawan anda. Paste kat chat. Update kat status. Argh.. Ikutlah nak bagi kat siapa pun. 


Maka, gambar anda akan tersebar. Kawan-kawan facebook anda akan lihat. Kawan-kawan kepada kawan-kawan facebook akan tengok. Makin ramai yang lihat. Makin ramai terpikat. makin ramai melekat. Makin banyak dosa dapat. 


Allah suruh tundukkan pandangan. Ghaddul Bashar. Lowering gaze. Janganlah kita jadi penyebab orang buat dosa. Berganda-ganda dosa tanpa sedar. Belum tengok yang nampak aurat lagi tu. Yang baju tak cukup kain.

Yang menganjur, yang menyertai dan yang mempromote lebih kurang je. Banyak lagi pertandingan boleh buat. Pertandingan kira pasir di lautan, pertandingan kejar kura-kura, pertandingan cabut uban.

Cek malas nak ulas panjang-panjang. Mesti ada mulut-mulut yang bangkang. Yela dah join tiba-tiba ada orang kata pertandingan tu tak elok. Sebelum masuk menyertai, fikirlah dulu cik abang cik akak oii.. 

Cek lupa lagi. Maaf ye, cek bukan dah tua tapi cek ni banyak sangat fikir masalah ummat. Tu yang terpelanting sekejap. Hehe.. Selain di LIKE, ada juga komen-komen membina. "Wah, sweetlah aweks ni", "Wow, mantapnya body abang". Tolonglah, cek yang baca pun geli-geleman. Confirm pemilik wajah-wajah tu tak kembang semangkuk lubang hidung mereka? Confirm la ye. Dah orang puji. Kembang-kempis hidungnya.

Check it out guys!

Perlu ke cek edit gambar ni? Biarlah, mereka yang nak glamour.

Ini salah satu je. Banyak lagi anda boleh jumpa. Cek dah menyampah tengok.

Falsafah cek: Perkara bermanfaat banyak, kenapa nak pilih yang ragu-ragu. Yang tak bertepatan dengan Islam.

Nota cek: Yang dah termenyertai kemudian baru rasa bersalah, masih sempat nak sedar. Padamlah gambar anda dari tempat tersebut. Manusia mana tak buat silap. ^_^

Wednesday 16 February 2011

Esok yang belum pasti

بسم الله الرحمن الرحيم
(In the name of ALLAH the Most Gracious, the Most Merciful)

Assalamu'alaykum wbt.

Alkisah kisah Mat Jenal. Mat dan Jenal. Saksikan!


Mat: Bro, pinjam seploh hengget. Aku dari semalam tak makan. Dalam bank ada 30 sen je. Sobs.

Jenal: Meh ikut aku, aku belanja.

... Makan, makan, makan.....

Jenal: Bro, hang ni tak nak ubah kehidupan ke? Sorry aku cakap, tolak yang aku belanja hari ni, hang hutang aku RM278.10 sen.

Mat: Bro, kalau kau belanja aku hari ni sebab nak ingatkan hutang, anggap la aku pinjam lagi duit hang! (bangun dengan muka tanpa reaksi)

Jenal: Bro, aku nak ajak hang buat bisnes. Jadi partner aku. Macam ni caranya... Bla, bla, bla..

Mat: Woo! Aku mana ada modal banyak tu.

Jenal: Yakin tak dengan bisnes ni?

Mat: Yakin!

Jenal: Nampak tak keuntungan aku dapat?

Mat: Nampak!

Jenal: Nak ubah kehidupan sekarang?

Mat: nak!

Jenal: Pinjam dulu modal kat orang. InsyaAllah kita sama-sama usahakan untuk bayar balik hutang-hutang hang segala.

Mat: Ishh.. Taknak aku hutang-hutang nih.

Jenal: Pang! Gedebuk! Kecebur!

Mat: Hoi! Asal hang tolak aku dalam parit nih?

Jenal: Selama ni hang duk berhutang dengan orang tak ingat. Aku ajak buat benda berfaedah pandai pulak nak berdalih.

Mat: Tapi aku kena hutang jugak nak bayar modal tu. (Bangun dan kibas-kibas baju)

Jenal: Sekurang-kurangnya hutang tu untuk dapatkan hasil lain. Bukan macam hutang hang sekarang. Bila boleh bayar?

Mat: Nanti aku habis study ni, aku kerja la. Aku bayar balik la duit hang!

Jenal: Hang confirm habis je study, esok boleh dapat kerja? PTPTN tu pun tak tentu boleh bayar, hang taw?

Mat: Err.. (sambil panjat tebing parit)

Jenal: Malas nak cakap dengan orang takda matlamat. Harapkan esok esok. Tu semua belum tentu. Tak salah usaha hari ni! (bangun dan berlalu, tak pandang langsung muka Mat)

Mat: (Kuat dan termengah-mengah) Jenal!! I follow~~

Sekian.

Falsafah cek: Nabil cakap 'lu pikirlah sendiri', cek cakap 'fikir dan terus ubah diri'.

Nota cek: Tajuk macam cerita pasal mati pulak. Ades! Bagus juga, ingat mati ye.

Tuesday 15 February 2011

Tak pernah nak ikut planner

بسم الله الرحمن الرحيم
(In the name of ALLAH the Most Gracious, the Most Merciful)

Assalamu'alaykum wbt.


Asalnya cek nak tidur awal malam ni. Tapi tadi kawan datang bilik, sembang macam-macam. Bukan semata-mata sembang kosong ye. Kami berbicara mengenai matlamat, berbincang mengenai kehidupan dan sedikit gossip. Hehe..

Tiba-tiba tangan cek terasa nak menaip. Walaupun dah hampir ke pukul 2am. Dan.. Idea cek mula hilang satu persatu. Terbang dibawa pergi bersama angin-angin. OK cek dah mengantuk. Esok cek ingat, cek tulis ye.

Falsafah cek: Jangan asyik mencari penyelesaian, tetapi berTINDAK untuk menyelesaikan! Baru anda akan nampak jalan.

Cek nak jadi jutawan!

بسم الله الرحمن الرحيم
(In the name of ALLAH the Most Gracious, the Most Merciful)

Assalamu'alaykum wbt.


Cek tengah makan tengahari(4.39pm), tiba-tiba kawan cek call. 
"Bla.. Bla.. Bla.." Kami sembang.

Suara dia perlahan sangat. Cek mula pelik. Cek kenal dia seorang yang bising dan cakap kuat. Lagi kuat dari petir kot (Hiberbola cek). Cek tahu dia baru lepas menangis. Tapi sebagai seorang kawan yang berkaliber, cek tak tanya. Ya, cek memang seorang kawan yang memahami.

Dia cerita, dia takda modal nak mulakan perniagaan. Modal tak banyak tapi masalahnya memang takda langsung. Terdetik di hati cek, 'Eh, dia kan kerja. Takkan takda duit simpanan langsung..'. Bukan cek perli tapi cek musykil sikit. Yela cek ni student, mana cek ada pengalaman.

Dia ni cikgu kat sekolah rendah. Dia berpandangan jauh sebab tu dia nampak perniagaan dapat menjamin kehidupan di dunia malah juga di akhirat. Mak dan abang dia taknak keluarkan duit untuk bagi dia pinjam. Dia mungkin terpaksa kumpul sikit-sikit modal dari duit gajinya(yang sekarang pun tak cukup). Nampaknya hasrat dia akan tertangguh sementara.

Kami sembang tak lama pun. Tiba-tiba cek dengar bising-bising suara orang melatari percakapn kami. Dia cakap kena letak sekarang. Dia takut ada yang nampak.

Lepas cek tekan butang merah kat tepon cek, cek mula terfikir 'Kalaulah aku jutawan...'.

Cek yakin! Mesti ramai orang pernah terdetik, diulangi, terdetik ayat-ayat macam tu kan. Jadi salahkah kalau cek berhajat mahu jadi kaya? Cek nak bantu saudara-mara cek, cek nak bantu kawan-kawan cek, cek nak bantu orang-orang yang makan sekali sehari. Dan, cek juga nak bantu diri cek sendiri.

Pagi tadi, cek makan megi dengan air teh. Tengahari (masa kawan cek call), cek tengah makan megi lagi. Ya! Cek tahu megi kena boikot. Tapi cek terpaksa beli sebab megi paling murah (RM1.00!). Sebelum ni cek makan cintan tapi mahal sikit. 

Cek ada duit nak beli nasi, tapi bulan ni cek rasa terlalu banyak cek laburkan duit. Sampai nak minta duit dari Incik ATM pun kena fikir banyak kali. Hidup di Universiti ni sangat berbeza dengan sebelumnya. Cek mula fikir tentang jimat-cermat, cek mula fikir tentang masa depan, cek mula fikir tentang keluarga. Dulu fikir juga tapi masih main-main. Masih lagi fikir enjoy.

Jadi, sekarang cek kena fikir dan BERTINDAK untuk ubah kehidupan cek. Kurangkan main-main, kurangkan bermalas-malasan, kurangkan semua yang negatif dan mazmumah. Cek nak jadi orang yang berjaya dan dalam masa yang sama cek nak bantu orang untuk berjaya. Dan cek juga nampak satu harapan yang ramai nak tapi kurang usaha kearahnya. Cek nak jadi jutawan YANG BERIMAN!


Cek Terjumpa ni:
Pada hari kiamat Allah SWT akan menolak alasan empat orang dengan empat iaitu:
  • jika si kaya berkata, "Kekayaan itulah yang menyebabkan aku sibuk sehingga tidak sempat beribadat." Maka dijawab Allah SWT, "Engkau tidak lebih kaya dari Sulaiman a.s. tetapi kekayaannya tidak melupakannya dari ibadat."
  • Jika hamba sahaya berkata, "Kerana saya sebagai hamba sahaya maka tidak dapat bebas untuk beribadat kepadaMu." Maka Allah SWT menjawab, "Yusuf AS menjadi hamba sahaya tetapi kehambaannya tidak menghalangi untuk melakukan ibadat."
  • Jika si miskin berkata, "Kemiskinanku itulah yang menghalangi untuk beribadat kepadaMu." Maka Allah SWT menjawab, "Engkau tidak lebih miskin dari Isa AS tetapi Isa AS tidak terhalang untuk melakukan ibadat."
  • Jika terhadap orang yang sakit dengan Nabi Ayyub AS. Jika si sakit berkata, "Penyakitku itulah yang menghalangi aku untuk beribadat." Maka Allah SWT menjawab, "Penyakitmu tidak lebih berat dari penyakit Ayyub AS tetapi ia tidak terhalang untuk beribadat kepadaKu."
Kesimpulannya, sama ada miskin, kaya, gagah atau lemah bukanlah masalah. Tetapi iman seseorang itu sendiri. Kalau iman dah tahap kritikal, jadilah apa pun tetap tidak mahu beribadah kepada-Nya.

Falsafah cek: Jangan suka berdalih dan mencipta alasan. Jadilah hamba Allah. Jangan jadi hamba diri. 

Bagusnya kalau cek dapat isikan sesuatu di telapak tangan mereka

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu PERNIAGAAN yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan HARTA dan JIWAMU, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya, (Surah as-Saff : ayat 10-11)

Monday 14 February 2011

Permulaan

بسم الله الرحمن الرحيم
(In the name of ALLAH the Most Gracious, the Most Merciful)


Assalamu'alaikum wbt.


Ini belog cek. Cek mungkin guna ganti diri cek, cek DD, CDD atau apa saja yang cek suka. Ada bantahan? Sila buat belog sendiri.


Cek hanyalah manusia biasa. Kadang-kadang cek keras, kadang-kadang lembut, kadang-kadang huha huha, kadang-kadang skema. 


Cek cuba pelbagaikan isi kandungan dan cara penyampaian di belog CDD supaya isinya dapat diterima semua golongan masyarakat (U). Mungkin hari ni cek kutuk dia, esok lusa cek puji pula. Bukan nak malukan, tapi cek nak tegur (lepas geram). Hehe...


Cek tak nak layan sebarang pertanyaan berbentuk peribadi sebab cek dah cukup famous. Jadi cek tak nak terlebih famous. Haha.. Kecuali, apa yang cek nak bagitahu. Anda nak baca tulisan cek, bacalah (arab: iqra'!). Cek tak paksa dan cek tak halang.


Anda nak share sebarang penulisan, sebarkanlah semampunya. Tapi cek harap dapat di linkkan ke belog ini. Jadi segala kesilapan atau ketidakpuashatian boleh terus diberitahu kepada cek.




Falsafah cek: Buruk itu kreatif!


Falsafah cek : Setiap orang ada pandangan dan cara sendiri dalam membuat sesuatu, tapi mesti merujuk pada sumber yang agung! (Sumber agung: al-Qur'an dan as-Sunnah)


Dalam khutbah terakhir baginda, Rasulullah telah mewasiatkan dua perkara. Jika kita berpegang pada kedua-duanya, tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu al-Qur'an dan as-Sunnah.