Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya, jika ia tidak berdaya maka ubahlah dengan lisannya dan jika tidak mampu (ubahlah), dengan hatinya. Dan itulah selemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)

Tuesday 15 February 2011

Cek nak jadi jutawan!

بسم الله الرحمن الرحيم
(In the name of ALLAH the Most Gracious, the Most Merciful)

Assalamu'alaykum wbt.


Cek tengah makan tengahari(4.39pm), tiba-tiba kawan cek call. 
"Bla.. Bla.. Bla.." Kami sembang.

Suara dia perlahan sangat. Cek mula pelik. Cek kenal dia seorang yang bising dan cakap kuat. Lagi kuat dari petir kot (Hiberbola cek). Cek tahu dia baru lepas menangis. Tapi sebagai seorang kawan yang berkaliber, cek tak tanya. Ya, cek memang seorang kawan yang memahami.

Dia cerita, dia takda modal nak mulakan perniagaan. Modal tak banyak tapi masalahnya memang takda langsung. Terdetik di hati cek, 'Eh, dia kan kerja. Takkan takda duit simpanan langsung..'. Bukan cek perli tapi cek musykil sikit. Yela cek ni student, mana cek ada pengalaman.

Dia ni cikgu kat sekolah rendah. Dia berpandangan jauh sebab tu dia nampak perniagaan dapat menjamin kehidupan di dunia malah juga di akhirat. Mak dan abang dia taknak keluarkan duit untuk bagi dia pinjam. Dia mungkin terpaksa kumpul sikit-sikit modal dari duit gajinya(yang sekarang pun tak cukup). Nampaknya hasrat dia akan tertangguh sementara.

Kami sembang tak lama pun. Tiba-tiba cek dengar bising-bising suara orang melatari percakapn kami. Dia cakap kena letak sekarang. Dia takut ada yang nampak.

Lepas cek tekan butang merah kat tepon cek, cek mula terfikir 'Kalaulah aku jutawan...'.

Cek yakin! Mesti ramai orang pernah terdetik, diulangi, terdetik ayat-ayat macam tu kan. Jadi salahkah kalau cek berhajat mahu jadi kaya? Cek nak bantu saudara-mara cek, cek nak bantu kawan-kawan cek, cek nak bantu orang-orang yang makan sekali sehari. Dan, cek juga nak bantu diri cek sendiri.

Pagi tadi, cek makan megi dengan air teh. Tengahari (masa kawan cek call), cek tengah makan megi lagi. Ya! Cek tahu megi kena boikot. Tapi cek terpaksa beli sebab megi paling murah (RM1.00!). Sebelum ni cek makan cintan tapi mahal sikit. 

Cek ada duit nak beli nasi, tapi bulan ni cek rasa terlalu banyak cek laburkan duit. Sampai nak minta duit dari Incik ATM pun kena fikir banyak kali. Hidup di Universiti ni sangat berbeza dengan sebelumnya. Cek mula fikir tentang jimat-cermat, cek mula fikir tentang masa depan, cek mula fikir tentang keluarga. Dulu fikir juga tapi masih main-main. Masih lagi fikir enjoy.

Jadi, sekarang cek kena fikir dan BERTINDAK untuk ubah kehidupan cek. Kurangkan main-main, kurangkan bermalas-malasan, kurangkan semua yang negatif dan mazmumah. Cek nak jadi orang yang berjaya dan dalam masa yang sama cek nak bantu orang untuk berjaya. Dan cek juga nampak satu harapan yang ramai nak tapi kurang usaha kearahnya. Cek nak jadi jutawan YANG BERIMAN!


Cek Terjumpa ni:
Pada hari kiamat Allah SWT akan menolak alasan empat orang dengan empat iaitu:
  • jika si kaya berkata, "Kekayaan itulah yang menyebabkan aku sibuk sehingga tidak sempat beribadat." Maka dijawab Allah SWT, "Engkau tidak lebih kaya dari Sulaiman a.s. tetapi kekayaannya tidak melupakannya dari ibadat."
  • Jika hamba sahaya berkata, "Kerana saya sebagai hamba sahaya maka tidak dapat bebas untuk beribadat kepadaMu." Maka Allah SWT menjawab, "Yusuf AS menjadi hamba sahaya tetapi kehambaannya tidak menghalangi untuk melakukan ibadat."
  • Jika si miskin berkata, "Kemiskinanku itulah yang menghalangi untuk beribadat kepadaMu." Maka Allah SWT menjawab, "Engkau tidak lebih miskin dari Isa AS tetapi Isa AS tidak terhalang untuk melakukan ibadat."
  • Jika terhadap orang yang sakit dengan Nabi Ayyub AS. Jika si sakit berkata, "Penyakitku itulah yang menghalangi aku untuk beribadat." Maka Allah SWT menjawab, "Penyakitmu tidak lebih berat dari penyakit Ayyub AS tetapi ia tidak terhalang untuk beribadat kepadaKu."
Kesimpulannya, sama ada miskin, kaya, gagah atau lemah bukanlah masalah. Tetapi iman seseorang itu sendiri. Kalau iman dah tahap kritikal, jadilah apa pun tetap tidak mahu beribadah kepada-Nya.

Falsafah cek: Jangan suka berdalih dan mencipta alasan. Jadilah hamba Allah. Jangan jadi hamba diri. 

Bagusnya kalau cek dapat isikan sesuatu di telapak tangan mereka

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu PERNIAGAAN yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan HARTA dan JIWAMU, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya, (Surah as-Saff : ayat 10-11)

No comments: