Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya, jika ia tidak berdaya maka ubahlah dengan lisannya dan jika tidak mampu (ubahlah), dengan hatinya. Dan itulah selemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)

Wednesday 1 June 2011

PkR gila konsert walaupun PAS bantah?



سم الله الرحمن الرحيم
(In the name of ALLAH the Most Gracious, the Most Merciful)

Assalamu'alaykum wbt.


Ekceli, ni tajuk untuk artikel asal blog CILI; PKR gila konsert walaupun PAS bantah

Memula, biar cek sebut terang-terang. Cek bukanlah pro memana partai. Tetapi mana yang baik itulah yang cek amek. Setakat ni, UMNO cek tak berapa nampak baik tu. Dari segi kemodenan dan infrastruktur memang ada, tapi itu cek tak heran. Sebab negara maju kebanyakannya akhlak dan sosial mundur. Lagipun mereka kerajaan, memang patut sediakan semua tu.

Ok. Balik topik.. Balik topik..

Sejujur hati jiwa raga cek tak setuju konsert yang Kerajaan Negeri Selangor (PKR) nak anjurkan ni. Dari sudut positif, ada. Untuk tarik golongan belia dekat dengan perjuangan mereka. Yela, tengok betapa program sejuta belia yang Najib anjurkan berjaya dengan cemerlang gemilang terbilang (Tangan didada mata keatas). BERJAYA gua kata lu! Keh keh keh.

Sebenarnya, banyak cara lain nak tarik remaja belia. Konsert pun tak salah. Tapi kalau sampai jemput artis rock luar negara, cek tak senang duduk. Jangan ikut cara UMNO! Jangan ikut!

Kat tempat cek, Pengerusi JKP/JKK orang PAS. Mereka buat jugak konsert. Panggil Aris Ariwatan. Tapi Aris Ariwatan nyanyi lagu permaidani beb. Ala.. Yang "Bentangkanku permaidani.. Dari baldu berwarna putih.. Hingga tak terasa kan....". Lepas tu, lagu "Satu kasih nan abadi.. Tiada tandingi.....". Last baru nyanyi Lamunan Terhenti. Boleh je.

Mat-mat motor ramai je kat belakang khemah. Parking bawah pokok, lepak baiik punya atas motor. Segan gamaknya nak masuk dalam khemah. Tak ada masalah pun nak tarik remaja. In a proper way. Siap lepas konsert, jemput sukarelawan anti-dadah cerita pengalaman sebenar dia. Best apa.

Sekarang tengok Ustaz berpengaruh. Yang berjiwa remaja. Bagi cek, macam Ustaz Azhar Idrus. Geng-geng dia budak muda weh. Jemput dia. Lepas tu jemput artis-artis yang dah insaf. kan ramai. Sham Kamikaze, Ruffedge, VE, Innuendo. Haih.. Tak susah pun. Fikir dalam sikit je. nak rock, Ustaz Akhil Hayy pun boleh.

Nasiblah, Tan Sri Khalid tu bukan bapak cek. Kalau tak, memang cek cadangkan kat dia. Mungkin dia terlepas pandang benda-benda ni.

Kalau-kalau ada Exco-exco Selangor terbaca ni, kemudian tergerak hati, cepat-cepatlah beri pada pihak atasan. Cek takkan claim aih! Matlamat dah bagus, cara tak berapa kena. Walaupun katanya ada peraturan. Susah. Gerenti susah nak kawal. Rock beb! Rock!

Nota cek: Jangan tertusuk jarum liberal. Na'uzubillah!

Saturday 16 April 2011

Gangguan ketika exam!

سم الله الرحمن الرحيم
(In the name of ALLAH the Most Gracious, the Most Merciful)

Assalamu'alaykum wbt.



Alhamdulillah, cek dah habis exam final hari khamis yang lepas. Mana yang belum habis lagi, jangan dengki-dengki kat cek tahu. Cek harap anda semua dapat jawab dengan baik. Sebagai muslim, jangan lupa untuk sentiasa berdoa dan solat hajat. Moga kejayaan kita ada berkat dari Allah. Dan jika gagal pun, kita redha kerana pasti hikmahnya ada tersembunyi.


Untuk exam kali ni, tempat untuk menjawab exam cek semua di Dewan paling besar di kolej cek kecuali satu. Jadi, cek nak cerita sikit perkara yang annoying (mengganggu) ketika exam terutamanya dalam Dewan besaQ!


Pertama. Masuk dewan bersesak-sesak dengan pelajar-pelajar yang ramai seolah-olah dah tak sabar nak jawab exam. Relaks la, tak lari tempat duduk tu. Kan dah ada nombor seat setiap seorang. Masuk awal pun tak boleh jawab awal jugak.


Kedua. Masa exam sedang berlangsung, pembantu pengawas exam (kebanyakannya pelajar jugak) jalan ke hulu ke hilir dengan bunyi tapak kasut kuat! Ingat ni pentas fashion show ke. 


Ketiga. Kalau dapat seat belakang sekali, boleh dengar pembantu pengawas exam (lagi sekali) bersembang plus gelak-gelak. Hey awak, walaupun cakap berbisik tapi tetap boleh dengar sebijik-sebijik sebab suasana sunyi.


Keempat. Pembantu pengawas exam (lagi) lalu sebelah sambil tengok lama-lama kat kertas jawapan. Annoying kot.


Kelima. Lupa, patutnya point ni letak awal-awal. Kertas kedatangan yang ada di kanan meja lambat kutip. Dah la ringan, asyik-asyik nak terbang. Kutip la cepat sikit. 


Lain-lain boleh tambah sendiri. Sekadar luahan cek. Sesiapa yang jadi pembantu pengawas exam tolonglah peka. 


Nota cek: Dalam keadaan agak tertekan utuk jawab exam, benda-benda kecil pun boleh jadi gangguan.

Saturday 19 March 2011

Dunia dah terbalik, hari nak qiamat!


سم الله الرحمن الرحيم
(In the name of ALLAH the Most Gracious, the Most Merciful)

Assalamu'alaykum wbt.


Lama rasanya cek tak update belog ni. Banyak benda cek nak cakap, tapi tak ada masa dan banyak gangguan yang menghalang. 


Ok, berbalik pada tajuk atas tu. Korang pernah dengar tak ayat-ayat sebegitu?


Contoh 1


"Yang perempuan nak jadi lelaki, yang lelaki kemaruk jadi perempuan. Dunia dah terbalik Tijah oii. Nampak gaya hari nak qiamat dah.." Ujar makcik Gayah seusai 'menceritakan' tentang anak Harun yang baru 2 hari menjalani pembedahan tukar jantina.


Contoh 2


"Mak, zaman sekarang biasalah lelaki jadi sura rumah. Ala.. Macam cerita yang mak suka tengok tu 'Mr. Mama'. Dah Jenab menantu mak tu kerja lebih bagus, Man terpaksalah letak jawatan uruskan rumah dan anak-anak," Man berbicara tenang tetapi matanya kelihatan berkaca. 


"Yela Man, dunia dah terbalik, hari nak qiamat!" Jawab mak memberi dorongan.


Cukuplah contoh di atas. Tapi apa yang cek nak cakap ni sebenarnya tak ada kena-mengena dengan situasi di atas. Huhu.. Perasan tak, ada beberapa amalan masyarakat kita yang terbalik dari yang sepatutnya. 


Ini yang cek nak kongsikan sebenarnya. Kadang-kadang kita dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Point penting di sini, bertentangan dengan yang dituntut DALAM ISLAM.


Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik,Sama-samalah kita renungkan, ^_^


1) Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) hal ini adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.


Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2) Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. 


Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3) Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4) Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5) Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6) Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun (termasuk untuk raya). Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7) Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.

Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $50.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar $25.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

8) Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja.Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

9) Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Tak ke pening hidup dalam keadaan terbalik~

Cukuplah sekadar dengan contoh-contoh di atas. Marilah wahai saudaraku kita berlapang dada menerima hakikat yang sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Falsafah cek: Dunia tak terbalik tapi pemikiran masyarakat yang terbalik! 

Nota cek: Siapa lagi yang akan memperbetulkan amalan ini kalau bukan kita. Jangan sampai ia menyusahkan kita sendiri dengan amalan tersebut.


Friday 25 February 2011

Ilmu hebat mantap

بسم الله الرحمن الرحيم
(In the name of ALLAH the Most Gracious, the Most Merciful)

Assalamu'alaykum wbt.

Perhatian. Entry ini mungkin panjang dan membosankan dan membingungkan. Jika nak baca juga, alangkah gembira hati cek. ^_^


Cek sebenarnya pelik tengok remaja sekarang. Mereka betul-betul gunakan teknologi moden terutama internet sepenuhnya. Cek ulang, SEPENUHNYA! Disitulah mereka cari maklumat, disitulah mereka jumpa maklumat, disitulah mereka sebar maklumat dan disitulah mereka berdebat/ berhujjah/ berbahas mengenai maklumat tersebut.


Jadi, apa masalahnya cek?


Baiklah. Cek bukan ahli falsafah, bukan pakar sejarah, bukan ulama', bukan mufti, bukan ahli politik dan bukanlah sesiapa yang setiap kata-kata dan perbuatannya diambil manfaat. Cek hanyalah manusia biasa yang pakai selipar jamban bila ke tandas, meredah hujan jika tak bawa payung, minum air paip, makan coki-coki campuran cashew nut dan kadang-kadang kehadiran cek langsung tidak disedari.


Cuma, cek berterima kasih pada mak ayah cek yang medidik dan membesarkan cek dalam tarbiyyah Islam (OK skema sikit). Hari ini cek tanpa ragu-ragu menyatakan cek orang Islam. Dengan penuh yakin cek mengaku cek orang Islam. (apa meleret ni cek, lari tema blog!) Ok. Ok.


Awwalu ad-Diin ma'rifatu Allah. Maksudnya, awal agama adalah dengan mengenali Allah. Alhamdulillah, itu yang diterap dalam proses membesarkan cek. Mengenali Allah. Mempelajari tawhiid. Menghayati tentang Aqiidah. Tapi pengetahuan cek masih ditahap kritikal.


NAMUN! Cek kesal dengan remaja sekarang yang dengan mudah memberi pendapat dan pendapat huha-huha yang diambil dari web english terbaik punya, artikel ahli-ahli hebat dalam sejarah, video ulama' arab. Wah! Hebat sungguh kan sumber-sumbernya. ;)


Bila sekali komen di facebook, berapi-terbakar-hangus wall. Berdentum-dentam kalah guruh di langit. Yang membaca terkedu, kagum, respect, suspect. (Cek pun rasa juga kagum kat budak-budak ni). Sebab fuh pengetahuan dan pembacaan mereka tentang isu negara dan luar negara sangat manthop. Isu revolusi Mesir contohnya dikaitkan dengan itu ini sampai kepada perkara yang diluar jangkauan akal fikiran lambat macam cek. Oh rupanya Israel punya agenda! =.= 


Apa yang orang percaya, itulah yang mereka TAK percaya. Apa yang orang tak percaya, itulah yang mereka PERCAYA. Get it? Seolah-olah apa sahaja maklumat yang orang ramai diterima salah, tapi mereka punya yang betul sebenarnya. What? 


Contoh, orang sibuk cakap mengenai konspirasi yahudi (freemason lah, illuminati lah, MU lah, apa-apa lah), dan dan tu mereka bawak cerita 'konspirasi ni takkan habis dikaji, buang masa aih'. Haih! Bila orang sibuk isu revolusi negara arab, mereka kata 'walaupun pemimpin mereka jatuh, sistem mereka tetap tak berubah, sama ja'. Adoi! Cek betul-betul pelik dengan golongan ini. Kejap macam ni, kejap macam tu. Golongan apa ya?


Selalunya, selepas semua hujjah dikeluarkan mereka selit 'asif 'ala kullu hal'(maaf atas segala kesilapan), 'ilal Liqo'(jumpa lagi), 'Allahua'lam'(Hanya Allah yang tahu) dan lain-lain yang seangkatan. Woah. Islamicnyerrrrrr..


Cek cuma nak cakap, berpada-padalah. Nak tambah ilmu silakan. Tapi tak perlu menyemai pendapat yang tak diyakini sahih atau tak kepada semua orang. Malah, membuat orang keliru. 'Ahh. Aku ni di Marikh ke Zuhal?'. Yang lebih sadis, 'selama ni aku salah, ingat matahari yang pantul cahaya kepada bulan rupanya matahari pantul ke bintang dan bintang pantul ke bulan' What? Waht? Wtah? Erghh.


Apa kata, bila ada cuti pergi tuntut ilmu Islam secara berguru kat mana-mana. Terutama kepada mereka yang bukan beraliran agama. Cek pernah jumpa yang mengaku dah baca kitab tafsiir Ibnu Katsir tapi asas Bahasa Arab pun tak lepas. Bukan cek nak pandang rendah, tapi seeloknya baca ikut Arab lebih umph kefahamannya (Even cek pun tak reti). Tak salah baca terjemahan, tapi janganlah berlagak terlebih.


Kenal Islam itu dengan sedalam-dalamnya dahulu. Kenal Allah sepenuh hati dahulu. Nescaya anda akan faham mengapa terjadinya semua keburukan dimuka bumi ini. Siapa yang merencanakannya. Itulah kehendak Allah. Yakinlah dengan Dia. Tapi kalau guru tua di pondok pun dilekehkan, biaq pi la kat hangpa!


Falsafah cek: Walaupun berbelit, secubit manfaat diperolehi sudah cukup baik.


Nota cek: Kalau tak faham, buat-buat faham. Kalau NAK faham, tanya cek kat mana yang bingung tu. 


Nota cek 2: Cek cuba jadikan mudah, tapi nampaknya susah payah. Hihi..





Ya Allah, selamatkan saudara-saudara kami di Libya, Yaman, Palestin, di seluruh tempat dan seluruh zaman.

Semoga dicabut nyawa si Gadhafi!

Sunday 20 February 2011

Poyo seh cakap orang puteh!

بسم الله الرحمن الرحيم
(In the name of ALLAH the Most Gracious, the Most Merciful)

Assalamu'alaykum wbt.



Tadi sebelum cek pergi kelas, cek terserempak dengan seorang foreigner. Dia sesat sampai ke hostel tempat cek duduk. Padahal dia nak pegi bahagian center kampus, nak ke ATM katanya.


Jadi, cek ajak dia jalan sekali. Alang-alang cek nak pergi cafe dulu jumpa kawan. Walaupun mula-mula dia keberatan sebab takut menyusahkan cek pulak. Cek pun tak sampai hati tengok dia nampak penat berjalan. Nak explain pun bukan senang. Turun bukit, naik tangga, masuk kanan, nampak pokok, pusing 360 darjah. Ahh.. Susah! Dah la cek nak cakap English pun berbelit lagi.


Dia pun ikut. sampai je kami kat jalan besar, dia nampak bangunan kuliah. Barulah dia sedar di mana dia berada. Jadi, kami berpisah setakat tu. 


Konklusinya, bukanlah cerita antara cek dengan foreigner tu. Tapi, kalau nak pertingkatkan penggunaan bahasa bukan susah sebenarnya. Macam kes cek tadi, nak taknak terpaksa cakap English. Kalau tak faham juga, kena keluarkan Arab.


Tapi kalau kita bergaul dengan orang yang bercakap Bahasa Melayu sahaja, memang susah nak cakap English. Percaya tak? Sebabnya ;


Satu, takut kena gelak dan kena perli. Maklumlah mentaliti orang Melayu (cek pun sama =.=). 


Dua, tak yakin dengan diri sendiri. Selagi tak yakin, buatlah macam mana pun memang takkan berjaya kan. Ada je orang Melayu yang berfikiran terbuka sebenarnya. Tapi manjakan diri sangat sampai takut nak mencuba. 


Tiga, sembang dengan kawan-kawan sebangsa tak feel la cakap bahasa asing. Ergh! "You know Tijah... Timah.... Student from Dentist faculty already married....!" (abaikan salah grammer atau apa-apa). Tak feel. Tak feel. Cuba yang ni "Ehhh.. Mu taw dop Tijah! Timah budok Dentist tu nikoh doh! Sikit abuk dop oyak kor kita! Beraso ati aku!" (baca denga penuh perasaan). Memang puas hati. Kalau arab, "Hal ta'rifiin Tijah.. Err.. Err.." (sambung sendiri).


Cukuplah tiga dulu. Jadi, memang susah nak tingkatkan bahasa lain kalau duduk dengan kelompok Melayu je. Cuba luaskan lingkungan kawan-kawan. Kalau tiada warga asing kat tempat belajar, cuba cari warga Bangladesh atau Myanmar atau Filipina. Kat KL banyak. Mana tahu mereka boleh cakap oreng phuteh. Hehee..


Falsafah cek: Belum cuba belum tahu. Tunggu apa lagi? Pergi la cuba dulu!


Nota cek: Alangkah seronok jika cakap English tanpa rasa takut orang mengata, alangkah lebih seronok jika cakap Arab tanpa risau salah nahu sorof!



Eh eh. Apa kaitan gambar ni. Adeh.. Parah dah cek.. Kihkih

Friday 18 February 2011

DOWN tengok member kahwin

بسم الله الرحمن الرحيم
(In the name of ALLAH the Most Gracious, the Most Merciful)

Assalamu'alaykum wbt.



Tajuk nak gempak je. Cek baru lepas tengok gambar nikah dan walimah(kenduri) senior-senior cek. Cek tak tahu apa cek buat dekat kampus ni sampai senior-senior kahwin cek tak tahu! Huk. 


Paling cek terkejut, senior yang cek rapat dulu dan sekarang lost contact pun dah melengkapkan sebahagian agamanya. Cek tak lengkap lagi. Tsk tsk.
“Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki.” (Al-Hadith)

Perkataan down pada tajuk tu lebih sesuai di ganti dengan 'jeles', 'cemburu' atau 'iri hati'. Tak salahkan cemburu yang baik. Bukanlah cemburu sampai nak hantar santau bagai. Cemburu bila tengok orang buat kebaikan, kita pun nak buat juga.


Yang best tu,tengok pasangan pengantin. Abang-abang ni dulu dengan perempuan anti semacam. Perli-memerli dah memang kerja sambilan mereka. Yang akak-akak ni dulu, bila jumpa lelaki tunduk bukan main. Seolah-olah muka lelaki tu ada cahaya yang menyilaukan mata. Nak main-main mata tu jauh sekali.


Ni cek pinjam kat google je. Takda kena-mengena dengan cek.


Tapi sekarang berpegang-pegang tangan. Romantik seh. Lagi buat cek jeles. Alhamdulillah. Sungguh benar firman Allah.
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." [Surah an-Nuur : Ayat 26] 

Bulan Mac ni member cek sekelas, sepermainan, segelak-ketawa-bahak juga akan memadamkan status 'single' dalam hidupnya. Eh, member cek yang kahwin tahun lepas dah dapat baby ke? Teruk. Teruk.Teruk punya member macam cek ni. Dah la dia kahwin cek tak pergi.


Apa pun, tahniah buat semua yang sudah, sedang dan akan menuju hidup baru. Cek hanya mampu lihat dan doakan kebahagiaan mereka dari jauh. Nak tengok dekat-dekat segan. Hee.. Semoga rumah tangga kalian dihiasi sakinah(ketenangan), mawaddah(kelapangan hati) dan rahmah(kasih-sayang).
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya (sakinah), dan dijadikan-Nya diantaramu mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. “ [Surah ar-Rum: Ayat 12]

Falsafah cek: Kalau hati dah teringin, cepat-cepatlah beritahu mak ayah. Mana tahu calonnya sudah ada. ^_^


Nota cek: Bila la cek boleh update tentang perkahwinan cek sendiri *angkat-angkat kening*

Thursday 17 February 2011

Sebab I cun la I tunjuk

بسم الله الرحمن الرحيم
(In the name of ALLAH the Most Gracious, the Most Merciful)

Assalamu'alaykum wbt.

Fenomena baru di facebook! 'Pertandingan lelaki paling cun dan gadis paling macho'. Siapa mempunyai like tertinggi akan menjadi pemenang. Haha..

Maka berbondong-bondonglah pemilik wajah ala-ala model alat mekap jenama bunga taik ayam menyertainya. Snap gambar mengikut cita rasa sendiri. Dan paling penting, haruslah betul angel angle nya. Biar mata nampak bolat. Hidung nampak mancung bak Zizandang (seludang). Bibir dijuih sedikit supaya kelihatan seksi dan menggeligiurkan. Kemudian, hantar gambar menawan, rupawan, pondan kepada penaja.

Mudah saja kan. Ops lupa cek. Belum masa untuk bertawakkal. Perlu USAHA lebih gigih lagi ya. Hantar pada kawan-kawan ayat lebih kurang begini:

Cek perlu pertolongan kawan-kawan! Sila pergi ke page http://www.facebook.com/photo.php?fbid=mukahodoh&set=t.perasaankacak& dan klik LIKE. Vote for me ya! Luv u allllll. Muahhhs..


Yucks. Ok hantar seberapa banyak yang mungkin. Letak kat semua komen box kawan-kawan anda. Paste kat chat. Update kat status. Argh.. Ikutlah nak bagi kat siapa pun. 


Maka, gambar anda akan tersebar. Kawan-kawan facebook anda akan lihat. Kawan-kawan kepada kawan-kawan facebook akan tengok. Makin ramai yang lihat. Makin ramai terpikat. makin ramai melekat. Makin banyak dosa dapat. 


Allah suruh tundukkan pandangan. Ghaddul Bashar. Lowering gaze. Janganlah kita jadi penyebab orang buat dosa. Berganda-ganda dosa tanpa sedar. Belum tengok yang nampak aurat lagi tu. Yang baju tak cukup kain.

Yang menganjur, yang menyertai dan yang mempromote lebih kurang je. Banyak lagi pertandingan boleh buat. Pertandingan kira pasir di lautan, pertandingan kejar kura-kura, pertandingan cabut uban.

Cek malas nak ulas panjang-panjang. Mesti ada mulut-mulut yang bangkang. Yela dah join tiba-tiba ada orang kata pertandingan tu tak elok. Sebelum masuk menyertai, fikirlah dulu cik abang cik akak oii.. 

Cek lupa lagi. Maaf ye, cek bukan dah tua tapi cek ni banyak sangat fikir masalah ummat. Tu yang terpelanting sekejap. Hehe.. Selain di LIKE, ada juga komen-komen membina. "Wah, sweetlah aweks ni", "Wow, mantapnya body abang". Tolonglah, cek yang baca pun geli-geleman. Confirm pemilik wajah-wajah tu tak kembang semangkuk lubang hidung mereka? Confirm la ye. Dah orang puji. Kembang-kempis hidungnya.

Check it out guys!

Perlu ke cek edit gambar ni? Biarlah, mereka yang nak glamour.

Ini salah satu je. Banyak lagi anda boleh jumpa. Cek dah menyampah tengok.

Falsafah cek: Perkara bermanfaat banyak, kenapa nak pilih yang ragu-ragu. Yang tak bertepatan dengan Islam.

Nota cek: Yang dah termenyertai kemudian baru rasa bersalah, masih sempat nak sedar. Padamlah gambar anda dari tempat tersebut. Manusia mana tak buat silap. ^_^