Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya, jika ia tidak berdaya maka ubahlah dengan lisannya dan jika tidak mampu (ubahlah), dengan hatinya. Dan itulah selemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)

Saturday 19 March 2011

Dunia dah terbalik, hari nak qiamat!


سم الله الرحمن الرحيم
(In the name of ALLAH the Most Gracious, the Most Merciful)

Assalamu'alaykum wbt.


Lama rasanya cek tak update belog ni. Banyak benda cek nak cakap, tapi tak ada masa dan banyak gangguan yang menghalang. 


Ok, berbalik pada tajuk atas tu. Korang pernah dengar tak ayat-ayat sebegitu?


Contoh 1


"Yang perempuan nak jadi lelaki, yang lelaki kemaruk jadi perempuan. Dunia dah terbalik Tijah oii. Nampak gaya hari nak qiamat dah.." Ujar makcik Gayah seusai 'menceritakan' tentang anak Harun yang baru 2 hari menjalani pembedahan tukar jantina.


Contoh 2


"Mak, zaman sekarang biasalah lelaki jadi sura rumah. Ala.. Macam cerita yang mak suka tengok tu 'Mr. Mama'. Dah Jenab menantu mak tu kerja lebih bagus, Man terpaksalah letak jawatan uruskan rumah dan anak-anak," Man berbicara tenang tetapi matanya kelihatan berkaca. 


"Yela Man, dunia dah terbalik, hari nak qiamat!" Jawab mak memberi dorongan.


Cukuplah contoh di atas. Tapi apa yang cek nak cakap ni sebenarnya tak ada kena-mengena dengan situasi di atas. Huhu.. Perasan tak, ada beberapa amalan masyarakat kita yang terbalik dari yang sepatutnya. 


Ini yang cek nak kongsikan sebenarnya. Kadang-kadang kita dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Point penting di sini, bertentangan dengan yang dituntut DALAM ISLAM.


Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik,Sama-samalah kita renungkan, ^_^


1) Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) hal ini adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.


Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2) Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. 


Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3) Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4) Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5) Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6) Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun (termasuk untuk raya). Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7) Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.

Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $50.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar $25.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

8) Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja.Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

9) Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Tak ke pening hidup dalam keadaan terbalik~

Cukuplah sekadar dengan contoh-contoh di atas. Marilah wahai saudaraku kita berlapang dada menerima hakikat yang sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Falsafah cek: Dunia tak terbalik tapi pemikiran masyarakat yang terbalik! 

Nota cek: Siapa lagi yang akan memperbetulkan amalan ini kalau bukan kita. Jangan sampai ia menyusahkan kita sendiri dengan amalan tersebut.


2 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

thx.nice post

Cekgu DD said...

@b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

Welcome ;)